Klik di sini untuk set hompage anda kepada Jejak Puncak.
 
       

Hari ini:
Info Jejak Puncak
Carian Web
  Bersama Jejak Puncak
Mesej Jejak Puncak
Terbaru.......
Kami menyediakan pelbagai
perkhidmatan dan pembekalan
untuk agensi swasta dan kerajaan.
Kami mengutamakan keperluan dan
kehendak klien.

Pengunjung Jejak Puncak
Anda pelawat yang ke:-
Tarikh kemaskini:
17 Januari 2006

Webmaster :- jejakpuncak@pd.jaring.my

 Copyright © 2006 by [Jejak Puncak ® ].All rights reserved.

 
Makluman:

*Pihak kami tidak akan bertangungjawab terhadap apa jua

yang berlaku semasa anda melayari website ini.

 

 

Vintage image of bottling truck

  Penantian selama 10 tahun bagi Malaysia, yang membuat tempahan pendakian pada 1986, berakhir dengan kejayaan gemilang pada 23 Mei 1997 apabila M. Magendran berjaya menjadi rakyat Malaysia pertama menjejak kaki di puncak Gunung Everest pukul 11.55 pagi waktu Nepal atau 2.10 petang waktu Malaysia dan dituruti N. Mohandas pada pukul 12.10 tengah hari waktu Nepal untuk sama-sama mengibarkan bendera negara “Jalur Gemilang” di puncak dunia itu.

 

    Idea menubuhkan Projek Malaysia-Everest 97 lahir selepas program “Malaysia Cergas” yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada tahun 1983 bagi membantu persatuan dan pertubuhan sukarela yang disertai golongan muda bergerak lebih aktif untuk merangka dan melaksanakan aktiviti sukan dan rekreasi secara lebih meluas.

    Pada tahun 1983, sekumpulan anak muda Malaysia telah membuat perancangan bagi mendaki gunung salji, Gunung Kala Pattar, Nepal setinggi 5,545 meter di tengah Banjaran Himalaya dengan diketuai Dr. Zaini Shahrani. 

 

    Pada 11 Januari 1984, kumpulan pendaki telah berjaya menawan puncak Gunung Kala Pattar. Kejayaan sulung mengibarkan bendera Malaysia di tengah Banjaran Himalaya itu membuktikan kemampuan rakyat Malaysia untuk terus mara dan membuat pendakian ke gunung yang lebih tinggi di tengah banjaran tersebut. Dari puncak Gunung Kala Pattar jelas kelihatan puncak Gunung Everest yang tersergam seolah-olah memanggil rakyat negara ini untuk mendakinya.

 

    Selepas kejayaan kumpulan pendaki awal itu, satu jawatankuasa telah dibentuk dan Persatuan Mendaki Malaysia (PMM) ditubuhkan bagi mendedahkan golongan muda kepada pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi seperti mendaki gunung, memanjat tembok (rock climbing) dan pengembaraan merentas hutan belantara.