Klik di sini untuk set hompage anda kepada Jejak Puncak.
 
       

Hari ini:
Info Jejak Puncak
Carian Web
  Bersama Jejak Puncak
Mesej Jejak Puncak
Terbaru.......
Kami menyediakan pelbagai
perkhidmatan dan pembekalan
untuk agensi swasta dan kerajaan.
Kami mengutamakan keperluan dan
kehendak klien.

Pengunjung Jejak Puncak
Anda pelawat yang ke:-
Tarikh kemaskini:
17 Januari 2006

Webmaster :- jejakpuncak@pd.jaring.my

 Copyright © 2006 by [Jejak Puncak ® ].All rights reserved.

 
Makluman:

*Pihak kami tidak akan bertangungjawab terhadap apa jua

yang berlaku semasa anda melayari website ini.

 

 

Projek Malaysia-Everest'97

TAHUN 1995


Seramai 120 peserta menyertai Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) sebelum terpilih menjalani latihan pusat. Seramai 40 peserta terpilih menjalani latihan di Gunung Kinabalu.

 

TAHUN 1996


Setiap Selasa, Rabu dan Khamis
Semua peserta menjalani latihan di Pusat Sukan Mendaki PMM, Rumah Marfima, Kuala Lumpur pada Selasa dan Khamis manakala hari Rabu di kolam renang Fujitsu, Petaling Jaya. 

Januari - Lawatan sambil belajar ke IMF, New Delhi, latihan pusat di New Zealand dan kursus menyelamat serta bantuan kecemasan di Kem Sungai Udang, Melaka .
Mei - Peserta menyertai Ekspedisi Bersama Malaysia - New Zealand ke Gunung Pumori.
Jun - Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Projek Malaysia-Everest ‘97 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. 
Julai - Peserta menjalani latihan di Gunung Nuang, Selangor, kursus kayak di Tasik Titiwangsa.  Mohd. Noor Mat Amin turut menjalani latihan di Kullu Manali, utara India. 

Ogos - Memorandum Persefahaman (MoU) penaja, Telekom Malaysia menjadi penaja utama. Majlis meraikan Sir Edmund Hillary dan pendaki negara serta pameran di Menara Kuala Lumpur.
Oktober - Ekspedisi Pra Everest ke Gunung Annarpurnna IV , Nepal dan ke Gunung Chaukhamba II, India turut disertai  Mohd Noor.

November - Ramakrishnan berjaya mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Annapurnna IV, tetapi beliau tercedera pada jari manis tangan kirinya.
Disember - Pengumuman pendaki akhir, Mejar Mohd. Rizan Mat Hasan, Aimy Zairin Mohamad, Burhan Ibrahim, Choong Kin Wah, R. Ramakrishnan, Zahidi Paiman, Mohd. Fauzan Haji Hassan, Magendran Munisamy, Mohandas Nagappan, Moorthy Maniam, Zahari Salleh , Teoh Lee Le. dan Aminuddin Abu Samah.

 

TAHUN 1997


Januari - KBS membentuk Jawatankuasa Pengurusan Krisis sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan. 


Februari - Majlis Sukan Bank-Bank Malaysia (MSBBM) melancarkan Tabung Seringgit Ke Everest ‘97.  Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan bendera Jalur Gemilang kepada ketua ekspedisi.

Mac - Semua anggota ekspedisi Projek Malaysia-Everest ‘97 berlepas ke Nepal dan tiba pukul 1.00 tengah hari (waktu Nepal). 12 Mac -  Penerbangan Gurkha yang membawa anggota ekspedisi dan peralatan tiba di Lukla. 13 Mac - menuju ke Phakding, 14 Mac - ke pekan Namche Bazaar.  Bergerak ke Dingboche 16 Mac, 20 Mac - ke Periche, 22 Mac - berehat di Lobuje, 25 Mac - bergerak ke Gorakshep, 26 Mac tiba di Everest Base Camp. 29 Mac - Sepuluh pendaki akhir diumumkan. 

 

April - Krew RTM  menginap di Kem Satu 10 April - Semua pendaki negara menghadiri majlis “Pooja”. 16 April - Pendaki negara berjaya tiba di Kem Dua. 18 April - Sambutan Hari Raya Aidil Adha. 20 April - pendaki turun kembali ke Everest Base Camp. Pegawai Kementerian Belia dan Sukan, Mohd. Salleh Ghazali menghidap ulser berdarah.
22 April - Teoh Lee Le dimasukkan ke dalam Certec Chamber akibat diserang penyakit High Altitude Pu. Edeme (HAPE) 24 April - Pendakian ke Kem Dua  ditangguh kerana cuaca buruk.  25 April - Tiga pendaki menuju ke Kem Dua. Teoh Lee Lee turun ke Periche.
26 April - Pendaki Indonesia bersama pendaki Rusia berjaya ke puncak Everest. 28 April - Mohd. Fauzan, Mohandas dan Magendran tiba di Kem Tiga. Aimy Zairin dan Choong Kin Wah terpaksa berpatah balik ke Kem Dua kerana masalah kesihatan. 29 April - Mohd. Rizan, Burhan dan Choong Kin Wah tiba di Kem Tiga.

 

1 Mei - Pendaki turun kembali ke Everest Base Camp 4 Mei - Semua pendaki pulang ke Everest Base Camp dan pendaki akhir diumumkan. 6 Mei - Sherpa Nima Rinzi terbunuh ketika pulang daripada Kem Empat. 8 Mei - Pendaki dan sherpa terpaksa kembali ke Kem Dua kerana  kabus tebal serta angin kencang. 9 Mei - 20 sherpa mengambil mayat Nima Rinzi dibawa turun ke Everest Base Camp. 10 Mei - Mayat Nima Rinzi diterbangkan ke Kathmandu. 11 Mei - Lapan pendaki terbunuh ketika mendaki ke puncak Everest. 12 Mei - Pendaki negara ke Periche. 15 Mei - Pendaki tiba di Everest Base Camp dari Periche. 18 Mei - Empat pendaki bersama tiga penyokong pendaki dan sherpa bergerak ke Kem Dua. 20 Mei - Lapan pendaki Britain yang menuju ke puncak Everest terpaksa berpatah balik ke South Col kerana cuaca semakin buruk. 21 Mei - Empat pendaki bersama dua sherpa menuju ke Kem Tiga.  Empat pendaki Britain dan tiga pendaki Nepal berjaya ke  puncak Everest. 
22 Mei - pendaki dan sherpa tiba di Kem Empat . Tujuh sherpa bergerak dari Kem Dua menuju ke Kem Empat, pada pukul 11 malam mereka meneruskan pendakian ke puncak Everest.

23 Mei - Pukul 4.15 pagi Mohd. Fauzan gagal meneruskan pendakian kerana cirit-birit  dan  Choong Kin Wah pula hampir mengalami “frost bite” pada jari tangan dan kembali ke Kem Empat pukul 6.15 pagi.
Tepat pukul 11.55 pagi Magendran tiba di puncak Everest disusuli Mohandas bersama lima orang sherpa untuk mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Everest
24 Mei - Pendaki bersama sherpa yang membawa semua peralatan tiba di Kem Dua . 25 Mei -Anggota ekspedisi menyambut wira negara di Everest Base Camp. 27 Mei - Perkampungan Malaysia di Everest Base Camp ditutup dengan rasminya.  Semua anggota ekspedisi menuju ke Lukla. 30 Mei - Anggota ekspedisi menaiki sebuah helikopter  menuju ke Kathmandu.


1 Jun - Menteri Belia dan Sukan dan  rombongan tiba di Kathmandu. Majlis Jamuan Malam diadakan yang disertai Menteri Perlancongan Nepal. 2 Jun - Anggota ekspedisi bermalam di Bangkok sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur. 3 Jun - Pukul 8.30 pagi (waktu Thailand) anggota ekspedisi menaiki Penerbangan Thai untuk pulang ke tanah air. Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (LTASSAAS) Subang, anggota ekspedisi disambut meriah oleh ribuan rakyat Malaysia. Semua anggota ekspedisi menaiki kenderaan ke Jabatan Perdana Menteri.
7 Jun - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Ja’afar Ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman meraikan pendaki pada majlis jamuan petang di Istana Negara, Kuala Lumpur. Akhir Jun Hingga 31 Ogos - Setiap minggu anggota ekspedisi diraikan oleh kerajaan-kerajaan negeri dalam program menemui orang ramai sehingga 31 Ogos 1997 yang dianjurkan bersama Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan negeri  dan kerajaan negeri